Pada 21 julai,selase yg lalu..pelajar2 Universiti Mu`tah telah menerima kunjungan istimewa drpd exco negeri selangor,Dato` Dr Hasan b. Mohamed Ali serta beberapa pegawai MAIS yang lain.(klik utk melihat ahli2 delegasi yg turut hadir)

Antara isu2 yg ditimbulkan,mengenai hal2 yg berkaitan dengan malaysia..hal2 berkaitan dengan zakat negeri selangor dan ucapan2 nasihat ahli delegasi kepada pelajar2 Malaysia Universiti Mu`tah.

Majlis ini diadakan di Wisma Negeri Sembilan(tenkiu kpd ydp n9 yg memberi keizinan utk menjayakan majlis ini).Kehadiran boleh dikatakan agak memberangsangkan.Ini kerana terdapat pelajar2 yg hanya duduk di kawasan luar Wisma akibat kawasan dalamnya sudah penuh..(tenkiu juga kpd semua hadirin yg turut sama menjayakan majlis ini).

Akhirnya,tahniah juga kepada ahli2 BKASJ yg turut sama2 membantu menjayakan majlis seumpama ini yg dianggap agak berprestij bagi pelajar2 Selangor khususnya yg kini mencecah hampir 40 org ahli yang berada di Universiti Mu`tah ini.




"Jamuan mkn2 pon ade oh"



Mr. President memberi cenderahati kpd Dato` Dr Hasan ali



"Ahli2 delegasi"



"Dato` Dr Hasan Ali ketika berucap"



"Sebahagian pelajar2 mu`tah yg menyertai majlis ramah mesra tersebut"



"pelajar2 menyambut kehadiran ahli2 delegasi"



"tahniah wat mr. president yg baru..ahmad amiruddin b.hj ibrahim"



"mantan mr.president"



""cayalah lufi..gaye sorg bos..ayie control tuh"



"dalam kenangan"



"tekun..berani..dan bersemangat..lalalalala.."






Tanggal 18 julai 2009 lepas,tamatlah sudah tampuk pimpinan PERMATA bagi sesi 2008/2009...digantikan pula dengan pimpinan yang baru,bagi sesi 2009/2010..
Jutaan tahniah pihak GGMI ucapkan kepada pimpinan-pimpinan baru bagi sesi kali ini..
Berikut merupakan carta organisasi pentadbiran PERMATA bagi sesi 2009/2010..

AHLI MAJLIS TERTINGGI (AMT)

PRESIDEN PERMATA

AHMAD AMIRUDDIN BIN IBRAHIM

TIMBALAN PRESIDEN 1

MOHD SYAFIQ BIN MD SHAFII

TIMBALAN PRESIDEN 2

SITI BASYIRAH BINTI IBRAHIM

SETIAUSAHA AGUNG

ABDUL HADI BIN HARUN

TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG

NURUL AISYAH BINTI ABU BAKAR

BENDAHARI AGUNG

MUHAMMAD ARIFF BIN ARIPIN

TIMBALAN BENDAHARI

KAMILAH BINTI MOHAMAD MURTADZA

AHLI LEMBAGA TADBIR (ALT)

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN (BPP)

MUHAMMAD SHAIFUDDIN BIN ABU BAKAR
‘AFIFAH BINTI AZAM

BIRO AKADEMIK (BA)

AZMUDDIN BIN RAZALI
NUR I’FFAH BINTI MUHD NASIR

BIRO PERHUBUNGAN (BP)

KHAIRULLAH BIN ANUAR
SITI FATIMAH BINTI RAFIQ

BIRO BIMBINGAN DAN ROHANI (BBR)

MOHAMMAD HUSSIN BIN MOHD FAUZI
NUR AL-FARHAIN BINTI KAMARUZAMAN

BIRO EKONOMI (BE)

MOHD SYAFIQ BIN ABDUL RAHMAN
NOR HAFIZAH BINTI AHMAD SHAHABUDDIN

BIRO KEBAJIKAN DAN PENEMPATAN (BKP)

HAZMI BIN HANIPA
NUR FAIZ BINTI SOLEHAN

BIRO KEBUDAYAAN DAN SUKAN (BKDS)

AHMAD FAISAL BIN MAMAT
IDA DAYANA BINTI DORMUDI


P/S: Diharapkan agar pimpinan PERMATA bagi sesi kali ini dapat menjalankan tugas dengan penuh berdedikasi serta mampu me"maintain"kan kecemerlangan PERMATA,insyaAllah...


{يا أيها الذين آمنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولي الأمر منكم فإن تنازعتم في شيءٍ فردوه إلى الله والرسول إن كنتم تؤمنون بالله واليوم الآخر ذلك خيرٌ وأحسن تأويلا}ً النساء-59

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Al-Quran) dan RasulNya (Sunnah) jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Ayat di atas terlalu kerap kita dengar apabila berbicara tentang pemimpin, dan ayat inilah juga yang digunakan sesetengah pemimpin bagi memastikan rakyat tetap taat dan berdiam diri di atas kezaliman sesuatu kerajaan itu. Oleh itu seharusnya kita memahami ayat ini dengan pemahaman yang betul.

Pertama, ayat ini dimula dengan ‘Wahai orang-orang beriman’, tidak ada di dalam al-quran digunakan lafaz ‘wahai orang-orang Islam’. Ini merupakan satu sindiran dr Allah…Orang beriman yg layak menerima khitob dr Allah, kerana itu tahap keimanan para sahabat yg menerima Al-quran melalui Rasulullah tidak diragui lagi… Analoginya, apabila kita mahu bercakap dgn raja atau orang besar, mestilah melalui wakil atau orang yang rapat dgnnya. Jadi, wakil atau orang yg berada di atas kita inilah dikatakan pemimpin. Allah Maha Mengetahui bahawa orang2 beriman inilah yg beramanah dan mahu melaksanakan apa yg terkandung dlm Al-quran.Mereka lah yg layak menjadi pemimpin.

Kedua kalau kita lihat kepada makna ayat, ‘taatlah kamu kepada Allah , dan taatlah kamu kepada Rasul dan pemimpin dari kalangan kamu…’Inilah tafsiran yg selalu disuapkan kepada kita. Sebenarnya, Dhomir kum di sini kembali kepada ‘ Wahai orang2 beriman’. Jadi, di sini kita disuruh untuk mentaati pemimpin yg beriman sahaja dan ini sebagai suatu petunjuk bagi kita dalam memilih pemimpin. Sekali lagi di tekankan bahawa kedudukan mukmin itu di atas muslim.

Ketiga, ‘apabila kamu berselisih dalam suatu perkara, maka kembalikannya(rujuk) kepada Allah dan Rasul’, di sini tidak diulang perkataan ‘pemimpin’, melainkan hanya diulang kalimah Allah dan Rasul. Ini menunjukkan bahawa, apabila kita menghadapi apa2 masalah samada masalah akidah, sosial,politik, keluarga, ekonomi dan sebagainya, kembalilah kepada Al-quran dan As-sunnah sahaja, kerana tidak berguna merujuk kepada buah fikiran si manusia. Kita kembali kepada syariat atau makna lain ‘cara hidup’ yang disusun dan disedia oleh pencipta manusia, sepertimana syarikat pengeluar kereta yg menyediakan manual kerana mereka lebih tahu akan masalah dan selok-belok produk yg dikeluarkan.

Keempat, ‘sekiranya kamu benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat’. Kuntum + tu’minuna, apabila bertemu fi’il Madhi dan fi’il Mudhori’, ia membawa makna ‘dawam wal istimrar’ iaitu berterusan. Jadi, kembalilah kepada Allah dan Rasul sekiranya kamu berterusan beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Sesungguhnya yang disukai Allah itu Istiqomah walaupun sedikit.

PEMIMPIN ITU…….DARI ORANG BERIMAN

Sama-sama memeriahkan ‘MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERMATA KALI KE 10

Disediakan oleh Unit Sambutan dan Jemputan AGM Kali ke 10





















RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan
umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan
bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.


Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu
menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.


Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin
dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang
beriman.


Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,
Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"


1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai
kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain
separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).


2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya
itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.


3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya
tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku,
sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan
Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".


4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka
dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan
muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu
berkat dan kizb (dusta) itu celaka.


5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang
berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di
pintu syurga.


6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali
dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah
tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.


7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah
mendatangkan rezeki engkau setiap hari.


8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan
sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.


9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu
menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat
kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak
dicolek selepas makan.


10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau
dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah
diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.


11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri
engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.


12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri
saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri
saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau
dikasihi seluruh isi langit dan bumi.


13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli
rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan,
nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.


Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.
InsyaAllah



Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.