{يا أيها الذين آمنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولي الأمر منكم فإن تنازعتم في شيءٍ فردوه إلى الله والرسول إن كنتم تؤمنون بالله واليوم الآخر ذلك خيرٌ وأحسن تأويلا}ً النساء-59

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Al-Quran) dan RasulNya (Sunnah) jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Ayat di atas terlalu kerap kita dengar apabila berbicara tentang pemimpin, dan ayat inilah juga yang digunakan sesetengah pemimpin bagi memastikan rakyat tetap taat dan berdiam diri di atas kezaliman sesuatu kerajaan itu. Oleh itu seharusnya kita memahami ayat ini dengan pemahaman yang betul.

Pertama, ayat ini dimula dengan ‘Wahai orang-orang beriman’, tidak ada di dalam al-quran digunakan lafaz ‘wahai orang-orang Islam’. Ini merupakan satu sindiran dr Allah…Orang beriman yg layak menerima khitob dr Allah, kerana itu tahap keimanan para sahabat yg menerima Al-quran melalui Rasulullah tidak diragui lagi… Analoginya, apabila kita mahu bercakap dgn raja atau orang besar, mestilah melalui wakil atau orang yang rapat dgnnya. Jadi, wakil atau orang yg berada di atas kita inilah dikatakan pemimpin. Allah Maha Mengetahui bahawa orang2 beriman inilah yg beramanah dan mahu melaksanakan apa yg terkandung dlm Al-quran.Mereka lah yg layak menjadi pemimpin.

Kedua kalau kita lihat kepada makna ayat, ‘taatlah kamu kepada Allah , dan taatlah kamu kepada Rasul dan pemimpin dari kalangan kamu…’Inilah tafsiran yg selalu disuapkan kepada kita. Sebenarnya, Dhomir kum di sini kembali kepada ‘ Wahai orang2 beriman’. Jadi, di sini kita disuruh untuk mentaati pemimpin yg beriman sahaja dan ini sebagai suatu petunjuk bagi kita dalam memilih pemimpin. Sekali lagi di tekankan bahawa kedudukan mukmin itu di atas muslim.

Ketiga, ‘apabila kamu berselisih dalam suatu perkara, maka kembalikannya(rujuk) kepada Allah dan Rasul’, di sini tidak diulang perkataan ‘pemimpin’, melainkan hanya diulang kalimah Allah dan Rasul. Ini menunjukkan bahawa, apabila kita menghadapi apa2 masalah samada masalah akidah, sosial,politik, keluarga, ekonomi dan sebagainya, kembalilah kepada Al-quran dan As-sunnah sahaja, kerana tidak berguna merujuk kepada buah fikiran si manusia. Kita kembali kepada syariat atau makna lain ‘cara hidup’ yang disusun dan disedia oleh pencipta manusia, sepertimana syarikat pengeluar kereta yg menyediakan manual kerana mereka lebih tahu akan masalah dan selok-belok produk yg dikeluarkan.

Keempat, ‘sekiranya kamu benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat’. Kuntum + tu’minuna, apabila bertemu fi’il Madhi dan fi’il Mudhori’, ia membawa makna ‘dawam wal istimrar’ iaitu berterusan. Jadi, kembalilah kepada Allah dan Rasul sekiranya kamu berterusan beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Sesungguhnya yang disukai Allah itu Istiqomah walaupun sedikit.

PEMIMPIN ITU…….DARI ORANG BERIMAN

Sama-sama memeriahkan ‘MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERMATA KALI KE 10

Disediakan oleh Unit Sambutan dan Jemputan AGM Kali ke 10



This entry was posted on 2:24 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: